fn

welcome guyS!!!singgah + bace + like and paling important kasi follow!! blog itam putehh

DAH MASUK KASI LIKE CIKIT..TAKUT SYOK SENDIRI..HAHA

TUHAN BERIKAN AKU KEJUTAN

Assalamualaikum semua...salam sejahtera,aku doakan kome-kome disane sihat2 sentiasa...alhamdulillah...sekarang dah ade kat rumah.Sebulan lebih bershort sem dari sebelum puasa sampai 2hb september 2012 dimana last paper short sem ECO415. Lega rasa, akhirye dapat jgak aku balik pas semggu beraya ritu..cuti cume ade 4,5 hari je. Jumaat pagi insyaallah nak pulang semula ke UiTM.Kena balik awal sebab ade latihan tuk persembahan group nasyid IPT aku. Insyallah di JOHOR BAHRU.Show semperna kursus motivasi diri di sana..so kumpulan aku dijemput untuk sama2 memeriahkan majlis penutup kursus tersebut. 1 jam yang diorang bagi...dalam 7, 8 lagu jugaklah...

Minggu depan kelas bermula untuk semester baru,semester 5.alhamdulillah result tuk sem 4 hari itu tidak mngecewakan walaupun aku tahu ramai juga kawan2 aku lebih tinggi dari aku..rezeki masing2kan...tp aku masih lega coz target msh tercapai. Insyaallah kalau eco415 nii cemerlang so sem 5 aku akan ambil 6 subjek sahaja.

Selain itu, bermula jugalah tesis bahasa aku tuk semester 5 nii..tajuk? 2 jam jugalah aku fikirkan tajuk.cepatkan....hehehe..tajuk je baru.Data die masih 0 lagiiii....Aku harap semua urusan kehidupan aku di shah alam berjalan dengan lancar. Hidup sorang2 tanpa bergantung dengan orang lain.

Alhamdulillah..aku dapat jalani hidup aku dengan penuh tabah dan cekal. Walaupun pada masa yang sama aku merasakan ada yang masih tidak suka dengan kehadiran aku. Pelik juga atau mungkin perasaan aku sahaja. Tapi itu lah..kehidupan di Universiti memang berbeza,berbeza dengan kehidupanku di alam persekolahan dahulu. Now kawan boleh jadi lawan dan lawan boleh jadi kawan. Sukar untuk kita menemuni seorang sahabat yang bergelar sahabat sejati. 

Jam dah 8.29pm,selasa 4hb september 2012. dalam bilik niii..nga goyang kaki smbil layan movie..hehe. duduk berdua ngan ayah. Abang akak sume bekerja...masing2 dah ade tanggungjawab mereka masing2..anak,kehidupan meraka..so aku yang si "adik" nii menjadi harapan kepada diorang.lastkan,so die nak yang terbek tuk aku...

Kadang2 aku rasa tertewas dan hilang semangat tuk aku tempuh segala masalah. Tertekan pon ada juga... aku bukan jenis suka atau senang luahkan perasaan, masalah pada orang kecuali orang yang betul2 rapat denganku. Ayah, usianya hampir 70an, x perlulah aku ceritakan semua masalah aku. Abang akak? pon x perlu sebab mereka pon ada kotmitmen meraka masing2. Sunyi sebenarnya...hehehehe

Aku berdoa agar tuhan temukan aku dengan seorang teman yang boleh menceriakan hidupku. bukan aku tak mampu hidup sorang..tapi aku perlukan seorang yang boleh beri semangat dan pendengar segala masalah aku. Bukan mudah nak jumpe teman mcam tu...SUKAR SANGAT...g pon masih x jumpa2~kawan itu memang ramai...

perubahan hidupku mudah tuk dikesan..tengok sahaja pada tubuh badanku....dari situ orang dah boleh agak aku happy or tidak...risau sebenarnya sebab jenis senang turun tp susah naikk..hahahahaha... :P
tp walau bagaimanapun aku bersyukur...setiap kekurangan itu ada kelebihannya :)
now aku sedang percaya pada kata hati..setiap apa yang aku lakukan aku akan ikut segala kata hati aku...klu kata hati aku kuat..kuat jugalah aku melakukannya.

HOPE TUHAN TERUS BERIKAN AKU KEJUTAN :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...