fn

welcome guyS!!!singgah + bace + like and paling important kasi follow!! blog itam putehh

DAH MASUK KASI LIKE CIKIT..TAKUT SYOK SENDIRI..HAHA

Ayat Songsang

Tatabahasa : Ayat Songsang

SUSUNAN AYAT SONGSANG

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.

Pendepanan seluruh predikat.

Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.

(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.                  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b)      Pendepanan Frasa Adjektif
                i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                                Ramli rajin. (susunan biasa)
                                Rajin Ramli. (susunan songsang)

                ii.             Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                                Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                                                Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

                iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                                Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                                Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

                iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)


c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama

                i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                                Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                                Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

                ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                                Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan                             biasa)
                                Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan                             songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1

Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)

3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

Format Bahasa Melayu Kertas 2 Soalan 3 Kemahiran dan Pengetahuan Bahasa

 SOALAN 3 (a) Terdapat 3 bentuk soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan iaitu:
Membina satu ayat bagi setiap perkataan bagi menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.
Membina satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan bagi menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.
Membina dua ayat bagi setiap perkataan yang diberikan bagi menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.
SOALAN 3 (b) - SINTAKSIS
Bentuk soalan yang akan ditanyakan dalam peperiksaan adalah seperti berikut:
Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
Menukarkan cakap pindak lepada ayat cakap ajuk.
Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
Menukarkan ayat susunan biasa kepada susunan songsang
Menukarkan ayat susunan songsang kepada susunan biasa
Menentukan pola ayat
Menyambung ayat.
Memisahkan ayat.
SOALAN 3 (c) - EJAAN DAN IMBUHAN
Aspek kesalahan ejaan yang akan ditanyakan ialah:
persukuan kata
keselarasan vokal
kata pinjaman
ejaan kata terbitan
kata ganda
kata majmuk
Aspek kesalahan imbuhan yang akan ditanyakan ialah:
awalan kata
akhiran kata
apitan kata
sisipan kata

SOALAN 3 (d) - KATA, ISTILAH ATAU KESALAHAN TATABAHASA
Aspek kesalahan kata atau istilah yang akan ditanyakan ialah:
perbendaharaan kata
golongan kata
pemgimbuhan
penggandaan
pemajmukan
Aspek kesalahan tatabahasa merangkumi:
frasa
struktur ayat

SOALAN 3 (e) - PERIBAHASA
Bentuk soalan peribahasa terdiri daripada aspek yang berikut:
membina ayat menggunakan peribahasa yang diberikan
melengkapkan petikan yang diberikan berdasarkan situasi
mengemukakan peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan yang diberikan
Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
simpulan bahasa
perumpamaan
perbilangan/pepatah
bidalan

slogan

ASEAN Objective

Purpose Objective of ASEAN
As set out in the ASEAN Declaration, the aims and purposes of ASEAN are:

To accelerate the economic growth, social progress and cultural development in the region through joint endeavors in the spirit of equality and partnership in order to strengthen the foundation for a prosperous and peaceful community of Southeast Asian Nations.

To promote regional peace and stability through abiding respect for justice and the rule of law in the relationship among countries of the region and adherence to the principles of the United Nations Charter.

 To promote active collaboration and mutual assistance on matters of common interest in the economic, social, cultural, technical, scientific and administrative fields.

To provide assistance to each other in the form of training and research facilities in the educational, professional, technical and administrative spheres.

 To collaborate more effectively for the greater utilisation of their agriculture and industries, the expansion of their trade, including the study of the problems of international commodity trade, the improvement of their transportation and communications facilities and the raising of the living standards of their peoples.

 To promote Southeast Asian studies.

To maintain close and beneficial cooperation with existing international and regional organisations with similar aims and purposes, and explore all avenues for even closer cooperation among themselves.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...