fn

welcome guyS!!!singgah + bace + like and paling important kasi follow!! blog itam putehh

DAH MASUK KASI LIKE CIKIT..TAKUT SYOK SENDIRI..HAHA

Frasa



Definisi Frasa


Menurut Linguistik Melayu, frasa ialah kategori yang lebih tinggi daripada kategori kata. Hasil gabungan daripada kata membentuk frasa. Frasa adalah konstituen kepada klausa iaitu mengikut Tatatingkat Tatabahasa Bahasa Melayu. Frasa menjadi unit kepada klausa. Frasa boleh dibentuk dari satu atau lebih unit atau konstituen. Perbezaan antara frasa dan klausa adalah frasa hanya terdiri daripada subjek atau hanya predikat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa dapat difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Tatabahasa Dewan mempunyai empat frasa yang dapat dikenalpasti iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan juga frasa sendi nama. Nahu Melayu Mutakhir pula menyatakan enam jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa sifat, frasa preposisi, frasa adverba, dan juga frasa bilangan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji persamaan dan perbezaan di antara frasa-frasa yang terdapat di dalam kedua-dua buah buku tersebut. 

Definisi frasa nama

Frasa yang daripada konstituen utama dalam binaan ayat yang perkataannya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama.
Frasa yang terdiri subjek dan objek ayat, dan juga pada peringkat nama, di samping boleh menggantikan kata nama. 


Definisi
frasa kerja
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan frasa kerja sebagai binaan satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.
Menurut buku Nahu Melayu Mutakhir,Frasa kerja terdiri daripada frasa eksosentrik atau endosentrik.



Definisi
frasa adjektif 

 Susunan perkataan yg terdiri drpd satu atau beberapa perkataan yg mempunyai kata adjektif sbg kata intinya.
Berfungsi sbg predikat & unsur keterangan dalam predikat.
Boleh juga hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama.
Boleh juga hadir sebelum FK & FSN
Frasa yg intinya merupakan kata sifat.
Berfungsi pd predikat ayat.

Terbahagi kepada 2 jenis :
1.    Frasa sifat selapis
                      I.        Frasa perbandingan
                    II.        Frasa kiasan
                   III.        Frasa sifat perbuatan
                  IV.        Frasa sifat adverba
2.    Frasa sifat kompleks
                      I.        Kompleks setara
                    II.        Kompleks tak setara


Definisi
frasa sendi nama

Satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Ialah frasa yang unsur permulaannya ialah kata depan atau preposisi, dalam struktur preposisi + X, dengan syarat X boleh mewakili mana-mana golongan kata atau subgolongannya. Frasa preposisi sebahagian besarnya memasuki golongan adverb dan boleh dibahagikan ke dalam berbagai-bagai subgolongan dan jenis, menurut kata preposisi yang berfungsi serta golongan atau subgolongan kata yang mengikutinya.  



*definisi kiri dari Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,definisi kanan dari Nahu Melayu Mutakhir*

1 comment:

Unknown said...

wah lama dh tak bace bnde2 mcm ni..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...