Tatabahasa : Ayat Songsang
SUSUNAN AYAT SONGSANG
Susunan biasa ayat dalam
bahasa Melayu ialah subjek
+ predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses
transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan
melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan
seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran
kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif.
(susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga
pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa
– ibu
saya sebagai
subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan
songsang)
Dia / ibu saya. (X =
dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa
tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan
sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa
Kerja
i. Pendepanan kata
kerja:
Ramli bekerja setiap
hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan
songsang)
ii. Pendepanan frasa
kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku.
(susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan
songsang)
iii. Pendepanan kata
kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan.
(susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu.
(susunan songsang)
b) Pendepanan
Frasa Adjektif
i.
Pendepanan kata adjektif sahaja.
Ramli rajin.
(susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan
songsang)
ii.
Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
Rumah Kak Zue masih
teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue.
(susunan songsang)
iii. Pendepanan
kata adjektif dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat
segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi.
(susunan songsang)
iv. Pendepanan kata
adjektif, kata bantu dengan kata penguat
Haji Nasser masih
segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser.
(susunan songsang)
c)
Pendepanan Frasa Sendi Nama
i.
Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk
ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu.
(susunan songsang)
ii.
Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke
dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton
merempuh masuk. (susunan songsang)
FORMULA AYAT SONGSANG.
Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai
itu.
Cara Songsangan
Ayat:
Nomborkan penggalan ayat.
1
|
2
|
3
|
|
Dia
|
membeli
|
buku
|
di kedai itu.
|
KGND - Ketiga
|
Frasa Kerja Transitif
|
Objek
|
Frasa Keterangan
|
Subjek
|
Predikat
|
FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.
2+3+1
ii.
2+1+3
iii.
3+1+2
iv.
3+2+1
Ayat Biasa:
1
|
2
|
3
|
Dia
|
membeli buku
|
di kedai itu.
|
Contoh ayat songsang (i)
2
|
3
|
1
|
Membeli buku
|
di kedai itu
|
dia
|
Contoh ayat songsang (ii)
2
|
1
|
3
|
Membeli buku
|
dia
|
di kedai itu
|
Contoh ayat songsang (iii)
3
|
1
|
2
|
Di kedai itu
|
dia
|
membeli buku
|
Contoh ayat songsang (iv)
3
|
2
|
1
|
Di kedai itu
|
membeli buku
|
dia
|