fn

welcome guyS!!!singgah + bace + like and paling important kasi follow!! blog itam putehh

DAH MASUK KASI LIKE CIKIT..TAKUT SYOK SENDIRI..HAHA

Diglosia


Diglosia bagi ferguson (1959) merujuk kepada penggunaan dua atau lebih daripada dua kelainan bahasa daripada satu bahasa yang sama dalam keadaan yang berbeza.Pemeringkatan terhadap dua atau lebih daripada dua kelainan bahasa,yakni satu kelainan bahasa dianggap sebagai kelainan tinggi sementara kelainan bahasa yang lain menduduki gatra kelainan rendah.Hubungan  kedua-dua kelainan bahasa dalam diglosia feruson (1959) dijelaskan menerusi 9 topik,yakni fungsi,martabat,tradisi penulisan, pemerolehan,   standardisasi, tatabahasa, kosa kata,fonologi dan kestabilan.

Bahasa tinggi (selepas ini disebut H ) dan bahasa rendah (selepas ini disebut ).H hanya sesuai untuk situasi rasmi dan baku (awam @ persendirian).L pula untuk situasi rasmi dan lebih bebas(juga bersifat awam dan persendirian).

Bahasa H dilihat sebagai bahasa yang lebih tinggi martabatnya berbanding L.Bahasa H dianggap superior,anggun,logik,dan selalu betul berbanding dengan bahasa L yang kadang-kadang kewujudannya pun dinafikan. H biasanya bahasa yang sudah dibakukan (mengalami standardisasi) maka tidaklah sukar untuk mewujudkan kamus khusus ,buku tatabahasa malah panduan sebutan seragam.

Bahasa H tidak diperoleh secara ilmiah di rumah,sebagaimana bahasa L.Walaupun bahasa H dan L merupakan dua kelainan daripada satu bahasa namun terdapat perbezaan tatabahasa,kosa kata dan fonologi antara kedua-dua kelainan ini.Nahu L dianggap lebih rumit (kerana tiada panduan tatabahasa) berbanding H.
 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...