Definisi Frasa Kerja dari Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga mendefinisikan frasa kerja sebagai binaan satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.Kata kerja terdiri daripda kata kerja transitif dan kata kerja x transitif.Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian manakala kata kerja transitif memerlukan objek.
JENIS FRASA KERJA
1. Frasa Kerja Berobjek
-Kata kerja transitif boleh dipasifkan.
Frasa Kerja Dengan satu objek
-Frasa kerja yang mempunyai satu objek sebagai keterangan.Contoh:Saya menulis surat itu.
-Boleh menerima kata penguat,dan frasa selepas kata kerja itu boleh digugurkan.Contoh:
Cerita itu sungguh menyeramkan (kami)
Kejadian itu sangat mengejutkan (kami)
Frasa kerja dengan Dua Objek
-Merupakan kat kerja transitif yang mengandungi dua objek selepas kata kerja.
-Objek tersebut merupakan objek tepat dan objek sipi.Contoh: Ayah menghadiahi emak sehelai baju kurung
2. Frasa Kerja Tanpa Objek
-Merupakan kata kerja tak transitif
-Tidak mengandungi objek sebagai penyambut
i. Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
ii. Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap
-Kata adjektif sebagai pelengkap
-Frasa sendi nama sebagai pelengkap
-Kata nama sebagai pelengkap
iii. Kata Kerja tak transitif dengan Kata nama sebagai Penerang
-Tidak wajib hadir.
3. Frasa Kerja dengan Kata Bantu
-Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
i. Kata Bantu Aspek
-Menerangkan waktu
-Sudah dilakukan:sudah,telah,pernah,baru
-Sedang dilakukan:sedang,masih,mula
Bemlu dilakukan:belum,akan
ii. Kata Bantu Ragam
-Menerangkan perasaan sesuatu perbuatan
-mungkin,hendak,mahu,harus,enggan,boleh,
dapat,mesti,patut
i. Frasa kerja transitif komplemen
Pemuda itu menyatakan keretanya rosak
ii. Frasa kerja tak transitif komplemen
Mereka bergaduh sesama sendiri
5. Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
Mereka bergaduh sesama sendiri
-Menerangkan kata kerja
-Hadir selepas objek
-Terdiri daripada kata sendi nama
-Frasa keterangan terbahagi kepada lapan iaitu:
i. Keterangan tempat atau arah-di,ke,dari,daripada,kepada,pada
ii. Keterangan waktu-pada,dalam,sejak,hingga
iii. Keterangan cara-dengan
iv. Keterangan tujuan atau harapan-demi,untuk,dan bagi
v. Keterangan alat-dengan
vi. Keterangan penyertaan-dengan
vii. Keterangan hal-tentang,mengenai,tehadap
viii. Keterangan bagai-seperti,bagai,sebagai,bak
No comments:
Post a Comment