fn

welcome guyS!!!singgah + bace + like and paling important kasi follow!! blog itam putehh

DAH MASUK KASI LIKE CIKIT..TAKUT SYOK SENDIRI..HAHA

Fungsi Kata Sendi Nama



Kali ni dobot blog nak share something yang berfaedah ckit...memandangkan dobot blog skrg tgh mengikuti pengajian bahasa melayu so dobotblog nak kongsi2 ilmu kat junior2 yang sama kos gan aku....Penggunaan kata sendi nama mmg mudah jika dilihat..tp mesti korg x percaye sbb ramai pengguna bahasa melayu yang masih keliru tntng penggunaan kata sendi nama nii nak2 media2 yang ade kat tb or surat khaba....sem 1 ritu dobot blog ade wat analisis ckit....

pe2 kes kte lihat definisi kata sendi nama dahulu...


Kata sendi nama merupakan salah satu jenis kata tugas.Kata tugas pula bermaksud kata yang tidak boleh menjadi inti  bagi frasa nama,frasa kerja dan frasa adjektif.Kata tugas hadir dalam ayat,klausa, atau frasa sebagai penghubung,penerang,penentu atau tugas-tugas lain.Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di bahagian hadapan frasa nama.Tetapi setiap satu kata sendi nama itu mempunyai tugas yang berlainan kerana terdapat kata sendi nama yang tergolong dalam golongan kata yang lain.Sebagai contoh akan (juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif).

Kata sendi nama “di” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukan tempat.Kata sendi nama ini ditulis secara terpisah daripada kata nama atau frasa nama contoh ayat : Ayahnya bekerja di Kuala Lumpur.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.Selain itu,digunakan pada hadapan kata nama yang menunjukkan waktu dan masa.Kata sendi nama ke juga di eja terpisah dengan kata nama.Contoh penggunaannya pada tempat atau arah ialah :Abang saya pulang ke kampong.

Kata sendi nama “dari” digunakan pada sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan arah,tempat,atau waktu.Berbeza dengan kata sendi nama “daripada” digunakan sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan punca dari manusia,haiwan,benda,asal kejadian dan sumber,perbandingan atau perbezaaan.Contoh ayat penggunaan kata sendi nama dari yang menunjukkan tempat atau arah :Kereta itu datang dari arah kanan

Kata sendi nama “daripada” hadir sebelum kata nama atau frasa nama yang menunjukkan manusia,haiwan,benda dan unsure mujarad.Contoh ayat penggunaan kata sendi nama daripada ialah :Cadangan daripada Persatuan tersebut sangat berguna.

Kata sendi nama “kepada” merujuk kepada manusia,haiwan dan unsur mujarad,contoh ayat ialah:Aishah mengirimkan kek kepada sahabatnya.

Kata sendi nama “pada” digunakan sebelum kata nama yang menunjukkan keterangan waktu dan tempat.Ia juga boleh digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan).Contoh ayat yang menunjukkan keterangan waktu ialah:Bas Persiaran itu akan bertolak pada pukul sepuluh pagi.

Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” digunakan pada hadapan kata nama dengan fungsi yang tertentu seperti menunjukkan kegunaan sesuatu,contoh UiTM untuk/bagi pelajar melayu sedang dibina.Ia juga menyatakan maksud sesuatu perbuatan itu berlaku.Contoh ayat ialah:Ayah membeli basikal itu untuk adik

Kata sendi nama “demi” berfungsi tujuan sesuatu perkara itu dibuat contohnya,Demi mengekalkan kemerdekaan,masyarakat kita perlu bersatu padu.

Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai maksud sesuatu yang tidak umum,atau mujarad.Contoh ayat ialah:Aduan tentang kerosakan jalan itu akan diselesaikan.

Kat sendi nama “seperti”,”bagai”,”umpama”,dan “laksana” merupakan kata sendi nama yang bersifat kelainan atau varian antara satu sama lain kerana mempunyai fungsi yang sama iaitu memberi perbandingan

Kata sendi nama “dengan” berada sebelum kata nama untuk membawa maksud bersama-sama atau berserta contoh,Ayah pergi ke Bandar dengan ibu,membawa maksud cara sesuatu dibuat

Kata sendi nama “sejak” berfungsi sebagai penanda waktu atau masa dan digunakan pada hadapan  kata nama atau frasa nama.Contoh ayat:Sejak/Semenjak peristiwa itu,dia berubah menjadi seorang yang pendiam.

Kata sendi nama “terhadap” berfungsi sebagai penyambut tertentu,sama ada manusia,haiwan,atau benda.Contoh ayat:Kita perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan yang kita lakukan.

Kata sendi nama ”akan” digunakan pada hadapan kata nama atau frasa nama dan penggunaannya mesti didahului kata adjektif yang bersifat emotifContoh ayat:Ibunya amat rindu akan anaknya.

Kata sendi nama “oleh” digunakan di hadapan kata nama untuk membawa maksud menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.Contoh ayat:Baju itu dibeli olehnya.Fungsi seterusnya ialah menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab.Contoh ayat:Peninju itu kalah oleh sebab kekurangan latihan.

Kata sendi nama “hingga” dan “sampai” membawa maksud perihal peringkat dan had masa,waktu atau tempat.Contoh ayat:Mereka belajar hingga/sampai pagi.

Kata sendi nama “dalam” dan “antara” berfungsi sebagai kata arah.Kedua-dua kata sendi nama ini hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.Contoh ayat:Saya tidak terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Sumber : Tugasan Semester 1 
Rujukan : Kamus Dewan Edisi KeTiga

2 comments:

paie said...

wARGHH..entri serupe cikgu hehe~terima kasih atas perkongsian Nizam.
Kebanyakan orang sekarang ni sesalu je tersilap menggunakan kata sendi ni..contohnye "saya daripada N9".Spttnya "sy dari N9".Btw,a good sharing bro,tq2.

DOBOT BLOG said...

haha...ambik dari assgmnt sem 1..kot2 bergune tok blogger yg skolah g..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...